Pages

aLuNan iRaMa

Saturday, November 19, 2011

UJIAN KEHIDUPAN



Salam ukhwah buat semua yang sudi jenguk blog ana…
Moga kehidupan sahabat2 pada hari ini berjalan dengan lancar ye…
Hari ni ana nak kongsi serba sedikit la berkaitan dengan ujian kehidupan. Hidup kita ni kadang2 ada susah, kadang2 ada senang, sebab itu merupakan lumrah kehidupan.

Dalam meniti kehidupan, kita sebagai hamba Allah tidak akan pernah terlepas dari ujian kehidupan. Ujian yang kita tempuhi kadang-kadang di luar dugaan hingga menyebabkan kita rasa terlalu lemah. Keadaan ini kadang2 menyebabkan terungkai keegoan di dalam diri kita hingga kita tersungkur di depan kebesaran dan keagungan Allah. Time ni kita mula mendaki anak-nak tangga untuk mendekati Allah SWT,  Ini adalah salah satu pintu hidayah (ujian) untuk kita kembali merasa diri sebagai hamba dan melihat Allah sebagai Rabb.

Emm, sebenarnya ujian di dalam kehidupan ini adalah medan tarbiyyah untuk kita lbh mengenali diri dan merasai kebesaran dan keagungan Allah SWT. Ibnu Qayyim pernah menyebut "dijadikan kita (manusia) lemah supaya dengan kelemahan itu kita dapat meneropong kebesaran dan keagungan Allah SWT.

Tapi sahabat2 kena tahu, ujian dan cubaan di dunia merupakan sebuah keharusan, siapa pun tidak boleh terlepas darinya. Bahkan, itulah warna-warni kehidupan. Kesabaran dalam menghadapi ujian dan cubaan merupakan tanda kebenaran dan kejujuran iman seseorang kepada Allah SWT Sesungguhnya ujian dan cubaan yang datang bertubi-tubi menerpa hidup manusia merupakan satu ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah Azza wa Jalla. Tidak satu pun diantara kita yang mampu menghalau ketentuan tersebut. Keimanan, keyakinan, tawakkal dan kesabaran yang kukuh amatlah sangat diperlukan dalam menghadapi ujian yang datang. Sehingga tidak menjadikan diri kita berburuk sangka kepada Allah SWT terhadap segala Ketentuan-Nya.

yakinlah bahawa ujian itu akan menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita kerjakan. Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda: “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya (H.R. Bukhari dan Muslim) selalulah untuk berfikir positif bahawa apa – apa pun yang menimpa diri kita akan menjadi kebaikan.

Tapi dalam keadaan apapun, kita sebagai hamba yang beriman kepada Allah SWT harus senantiasa berbaik sangka kepada Allah. yakinlah bahawa semakin besar dan banyak cubaan yang Allah turunkan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang Allah yang akan dilimpahkan kepada kita. Dengan syarat, kita dapat menyelesaikan setiap ujian itu secara baik..

So, inilah dipanggil ujian hidup. Bagaimana untuk berhadapan dengan ujian ni adalah bergantung kepada sejauh mane kuatnye hubungan kita dengan Allah..ok, setakat ini sahaja perkongsian untuk ari ni, jumpa lagi….

Thursday, November 17, 2011

HuBungan SejeNis



 

Salam perjuangan buat semua sahabat2….

Semenjak dua menjak ni banyak sangat isu2 semasa yang hinggap kat telinga ana… emm, pelbagai perkara dan masalah yang muncul sekarang ni… untuk isu semasa ni, ana terpanggil untuk merespon isu yang berkaitan dengan salah satu perkara yang sememangnya dilarang dalam agama iaitu “ hubungan sejenis “. Kalau sahabat2 nak tahu, sebarang kegiatan songsang yang bercanggah dengan agama Islam terutama membabitkan hubungan sejenis boleh menjurus seseorang Muslim itu kepada murtad. 

Hubungan sejenis atau songsang adalah perkara yang ditegah dalam Islam kerana ia membawa kepada pupusnya manusia sejagat. Sekarang ni, banyak program yang dianjurkan oleh pihak2 tertentu dalam menganjurkan aktiviti2 x sihat dan x bermoral ni.  So, kita sebagai umat Islam jgn cepat  terpengaruh serta terbabit dengan perkara2 negetif seperti ini.

Salah satu program yg dianjurkan bertujuan menyokong hubungan sejenis ini ialah penganjuran Seksualiti Merdeka 2011 yang dikecam dan mendapat bantahan meluas pelbagai pihak termasuk wakil agama di dalam negara.  Umat Islam negeri ini yang terbabit dengan program seumpama itu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 169 Enakmen Pentadbiran Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 iaitu tidak mematuhi arahan pihak berkuasa agama yang boleh dikenakan hukuman denda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya. 

Selain itu, ibu bapa juga perlu memainkan peranan bagi memastikan anak mereka tidak terbabit dengan program yang memperjuangkan sesuatu yang bertentangan dengan agama.  Diharapkan kepada yg terlibat agar kembali menjalani kehidupan normal berasaskan petunjuk Allah SWT, Tuhan yang mencipta manusia. Sifir dalam Islam sungguh indah dan damai malah membawa ketenangan yang dicari dalam kehidupan.  

Ana berharap agar umat islam tegas dalam menentang perkara2 yang terang-terangan memang salah disisi agama..~ islam itu sebenarnya indah kan andai kita menghayatinya ~


~ syukran sudi luangkan masa membaca ~


Saturday, November 12, 2011

JoM Sama-saMa




Assalamualaikum buat sahabat2 seperjuanganku..semoga kalian sentiasa berada di bawah lindungan Allah..

Emm, hari ni tetibe je rasa nak post pasal riadah..

Riadah sebenarnya amat penting untuk kesihatan tubuh badan kita.. kita harus menjaga kesihatan tubuh badan kita setiap hari dan setiap masa. Badan sihat penting kerana ianya menjadikan otak kita cergas. Jika otak yang selalu kita gunakan untuk bekerja dan membuat keputusan penting dalam keadaan cergas maka hidup kita akan sentiasa ceria dan bahagia.

Biarpun sahabat-sahabat hanya berjalan-jalan untuk ke sesuatu tempat, tetapi setiap pergerakan yang dilakukan sebenarnya telah membuatkan jantung anda bergerak dan lebih aktif. ia akan membakar lemak...

Untuk hasil terbaik, jagalah detik jantung pada 70 peratus dari detik jantung maksimum (detik jantung maksimum sama dengan 220 dikurangi usia anda). Semua otot di kaki akan bergerak dan satu jam berjalan cepat akan membakar sebanyak 300 kalori.
senaman selama 30 minit tiga kali seminggu sememangnya ideal untuk menyihatkan tubuh badan seseorang.
Fungsi senaman yang betul tidak hanya terhad pada keberkesanan penurunan berat badan. senaman bersistematik juga boleh mengurangkan kebarangkalian seseorang menghidap penyakit jantung.
"Senaman dapat membantu tahap kecergasan dan kesihatan individu. Tapi kita perlu ingat senaman yang baik bukan sahaja terletak pada aktiviti larian atau berjoging. Sebaliknya, ia merangkumi bermacam-macam aktiviti seperti berjalan kaki, menari, senam aerobik, naik tangga mahupun berkebun.
So, banyak kan cara-cara nak beriadah ni, bukan hanya dengan satu cara je..jom kita perbanyakkan senaman kita..tubuh sihat otak cergas..

~ BERSAMA MELANGKAH MENGINSPIRASI UMMAH ~

LalaT vs LebaH



Posting pertama untuk blog baru adalah berkaitan dengan lalat vs lebah…
Hmmm, ape yang sahabat2 fikir tentang kedua2 binatang ni??

Sebenarnya saje je post pasal ni…nak kongsi something dengan sahabat2 semua…

kalau nak tahu, lalat adalah sejenis binatang yang selalu pergi ke tempat kotor dan mengumpul kuman serta kekotoran sehingga kekotoran itu akan melekat pada dirinya sendiri.lain pula dengan lebah, apabila lebah mencari manisan, dia akan pergi ke setiap bunga sama ada bunga itu wangi atau busuk. tapi dia tetap akan mengambil manisan dari bunga tersebut dan akhirnya akan mengumpulkannya dalam sarang dan jadilah madu yg berfungsi sebagai ubat. 

sebenarnya ceritanya sikit je, tapi natijahnya besar buat peringatan kita…

antaranya kita dilarang sama sekali melihat keburukan yang ada pada saudara (seislam) kita supaya keburukan itu tidak terkumpul pada diri kita…carilah kebaikan yang ada pada mereka hatta orang yang mengganggap kita sebagai musuh... mudah-mudahan apabila melihat kebaikan orang lain, kita cuba untuk memperbaiki diri yang penuh dengan kekurangan ini...

~ selamat membaca dan selamat beramal ~

Monday, October 24, 2011

SaLam Sayang


salam ukhwah buat semua sahabat2...alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana masih lagi diberi kesempat, ruang dan peluang untuk menghirup udara yang segar, masih lagi diberi nikmat iman dan islam...syukur alhmdulillah..

sebenarnya, ini adalah blog baru yang terpaksa ana buat kerana baru-baru ini blog lama ana telah hilang tanpa diketahui kemana hilangnya..kesemua post-post ana sebelum ini hilang cam tu je." blog not found " so sad...

ppe pun, salam ukhwah dan salam perjuangan buat semua...
insyaAllah, jika diberi waktu dan ruang, ana akan mengisi blog ana ini... wait n see…