Pages

aLuNan iRaMa

Saturday, November 19, 2011

UJIAN KEHIDUPAN



Salam ukhwah buat semua yang sudi jenguk blog ana…
Moga kehidupan sahabat2 pada hari ini berjalan dengan lancar ye…
Hari ni ana nak kongsi serba sedikit la berkaitan dengan ujian kehidupan. Hidup kita ni kadang2 ada susah, kadang2 ada senang, sebab itu merupakan lumrah kehidupan.

Dalam meniti kehidupan, kita sebagai hamba Allah tidak akan pernah terlepas dari ujian kehidupan. Ujian yang kita tempuhi kadang-kadang di luar dugaan hingga menyebabkan kita rasa terlalu lemah. Keadaan ini kadang2 menyebabkan terungkai keegoan di dalam diri kita hingga kita tersungkur di depan kebesaran dan keagungan Allah. Time ni kita mula mendaki anak-nak tangga untuk mendekati Allah SWT,  Ini adalah salah satu pintu hidayah (ujian) untuk kita kembali merasa diri sebagai hamba dan melihat Allah sebagai Rabb.

Emm, sebenarnya ujian di dalam kehidupan ini adalah medan tarbiyyah untuk kita lbh mengenali diri dan merasai kebesaran dan keagungan Allah SWT. Ibnu Qayyim pernah menyebut "dijadikan kita (manusia) lemah supaya dengan kelemahan itu kita dapat meneropong kebesaran dan keagungan Allah SWT.

Tapi sahabat2 kena tahu, ujian dan cubaan di dunia merupakan sebuah keharusan, siapa pun tidak boleh terlepas darinya. Bahkan, itulah warna-warni kehidupan. Kesabaran dalam menghadapi ujian dan cubaan merupakan tanda kebenaran dan kejujuran iman seseorang kepada Allah SWT Sesungguhnya ujian dan cubaan yang datang bertubi-tubi menerpa hidup manusia merupakan satu ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah Azza wa Jalla. Tidak satu pun diantara kita yang mampu menghalau ketentuan tersebut. Keimanan, keyakinan, tawakkal dan kesabaran yang kukuh amatlah sangat diperlukan dalam menghadapi ujian yang datang. Sehingga tidak menjadikan diri kita berburuk sangka kepada Allah SWT terhadap segala Ketentuan-Nya.

yakinlah bahawa ujian itu akan menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita kerjakan. Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda: “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya (H.R. Bukhari dan Muslim) selalulah untuk berfikir positif bahawa apa – apa pun yang menimpa diri kita akan menjadi kebaikan.

Tapi dalam keadaan apapun, kita sebagai hamba yang beriman kepada Allah SWT harus senantiasa berbaik sangka kepada Allah. yakinlah bahawa semakin besar dan banyak cubaan yang Allah turunkan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang Allah yang akan dilimpahkan kepada kita. Dengan syarat, kita dapat menyelesaikan setiap ujian itu secara baik..

So, inilah dipanggil ujian hidup. Bagaimana untuk berhadapan dengan ujian ni adalah bergantung kepada sejauh mane kuatnye hubungan kita dengan Allah..ok, setakat ini sahaja perkongsian untuk ari ni, jumpa lagi….

0 comments:

Post a Comment