Pages

aLuNan iRaMa

Saturday, November 12, 2011

JoM Sama-saMa




Assalamualaikum buat sahabat2 seperjuanganku..semoga kalian sentiasa berada di bawah lindungan Allah..

Emm, hari ni tetibe je rasa nak post pasal riadah..

Riadah sebenarnya amat penting untuk kesihatan tubuh badan kita.. kita harus menjaga kesihatan tubuh badan kita setiap hari dan setiap masa. Badan sihat penting kerana ianya menjadikan otak kita cergas. Jika otak yang selalu kita gunakan untuk bekerja dan membuat keputusan penting dalam keadaan cergas maka hidup kita akan sentiasa ceria dan bahagia.

Biarpun sahabat-sahabat hanya berjalan-jalan untuk ke sesuatu tempat, tetapi setiap pergerakan yang dilakukan sebenarnya telah membuatkan jantung anda bergerak dan lebih aktif. ia akan membakar lemak...

Untuk hasil terbaik, jagalah detik jantung pada 70 peratus dari detik jantung maksimum (detik jantung maksimum sama dengan 220 dikurangi usia anda). Semua otot di kaki akan bergerak dan satu jam berjalan cepat akan membakar sebanyak 300 kalori.
senaman selama 30 minit tiga kali seminggu sememangnya ideal untuk menyihatkan tubuh badan seseorang.
Fungsi senaman yang betul tidak hanya terhad pada keberkesanan penurunan berat badan. senaman bersistematik juga boleh mengurangkan kebarangkalian seseorang menghidap penyakit jantung.
"Senaman dapat membantu tahap kecergasan dan kesihatan individu. Tapi kita perlu ingat senaman yang baik bukan sahaja terletak pada aktiviti larian atau berjoging. Sebaliknya, ia merangkumi bermacam-macam aktiviti seperti berjalan kaki, menari, senam aerobik, naik tangga mahupun berkebun.
So, banyak kan cara-cara nak beriadah ni, bukan hanya dengan satu cara je..jom kita perbanyakkan senaman kita..tubuh sihat otak cergas..

~ BERSAMA MELANGKAH MENGINSPIRASI UMMAH ~

0 comments:

Post a Comment