Pages

aLuNan iRaMa

Thursday, November 17, 2011

HuBungan SejeNis



 

Salam perjuangan buat semua sahabat2….

Semenjak dua menjak ni banyak sangat isu2 semasa yang hinggap kat telinga ana… emm, pelbagai perkara dan masalah yang muncul sekarang ni… untuk isu semasa ni, ana terpanggil untuk merespon isu yang berkaitan dengan salah satu perkara yang sememangnya dilarang dalam agama iaitu “ hubungan sejenis “. Kalau sahabat2 nak tahu, sebarang kegiatan songsang yang bercanggah dengan agama Islam terutama membabitkan hubungan sejenis boleh menjurus seseorang Muslim itu kepada murtad. 

Hubungan sejenis atau songsang adalah perkara yang ditegah dalam Islam kerana ia membawa kepada pupusnya manusia sejagat. Sekarang ni, banyak program yang dianjurkan oleh pihak2 tertentu dalam menganjurkan aktiviti2 x sihat dan x bermoral ni.  So, kita sebagai umat Islam jgn cepat  terpengaruh serta terbabit dengan perkara2 negetif seperti ini.

Salah satu program yg dianjurkan bertujuan menyokong hubungan sejenis ini ialah penganjuran Seksualiti Merdeka 2011 yang dikecam dan mendapat bantahan meluas pelbagai pihak termasuk wakil agama di dalam negara.  Umat Islam negeri ini yang terbabit dengan program seumpama itu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 169 Enakmen Pentadbiran Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 iaitu tidak mematuhi arahan pihak berkuasa agama yang boleh dikenakan hukuman denda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya. 

Selain itu, ibu bapa juga perlu memainkan peranan bagi memastikan anak mereka tidak terbabit dengan program yang memperjuangkan sesuatu yang bertentangan dengan agama.  Diharapkan kepada yg terlibat agar kembali menjalani kehidupan normal berasaskan petunjuk Allah SWT, Tuhan yang mencipta manusia. Sifir dalam Islam sungguh indah dan damai malah membawa ketenangan yang dicari dalam kehidupan.  

Ana berharap agar umat islam tegas dalam menentang perkara2 yang terang-terangan memang salah disisi agama..~ islam itu sebenarnya indah kan andai kita menghayatinya ~


~ syukran sudi luangkan masa membaca ~


0 comments:

Post a Comment